BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Panduan menghadiri temuduga.

Semalam sewaktu saya sedang membaca buku tertip peribadi, adab dan etika dalam amalan seharian yang di pinjam dari rakan saya, ada la satu tajuk ni yang agak menarik untuk di kongsi bersama so mari kita sama2 check out this huhu..

Panduan menghadiri temu duga..

Menghadiri temu duga boleh menyebabkan rasa tertekan walaupun sudah di lalui beberapa kali.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum temu duga

1. Cari maklumat mengenai bakal majikan.

2.Dapatkan pengesahan bila dan di mana temu duga tersebut akan di adakan dan ari juga berapa lama perjalanan anda ke tempat temu duga dari tempat tinggal anda.

3. Berlatih member jawapan kpd soalan teknikal dan peribadi, dan juga pertanyaan mengenai karier dan mengapa anda mahukan kerja tersebut.

4. Bawa salinan resume (curriculum vitae) dan juga sijil-sijil yag berkaitan.

5. Pergilah ke bilik air untuk memeriksa penampilan anda dan ambil berapa minit untuk mententeramkan diri.


ADAB BEPAKAIAN KETIKA TEMU DUGA.

1. Pakaian bersih dan penampilan kemas harus menjadi keutamaan anda. Pakaian tesebut mestilah dibasuh dan digosok, jangan sesekali memakai pakaian yang koyak, dan tertanggal butang. Pastikan juga anda selesa dengan pakaian tersebut

2.Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang di pohon.

3. Bagi lelaki, kemeja dan seluar pangjang adalah pilihan yang paling baik. Pastikan anda memakai stoking yang padan dengan warna seluar.Kasut dan tali pinggang juga hendaklah berkilat.

5. Bagi wanits pakaian yang tidak menjolok mata dan sopan dapat member pandangan yang baik. Tanggalkan segala barang2 keams yang berlebihan dan pakai minyak wangi yang baunya serdahan dan tidak menusuk hidung.

ADAB SELEPAS DI TEMUDUGA.

Sebaik sahaja temuduga berakhir, kita tentunya akan berdebar menantikan jawapan daripada syarikat tersebu, namun sebenarnya tanpa kita sedari waktu ini merupakan waktu untuk melakukan beberapa perkara iaitu:

1. Menulis nota terima kasih kepada penemu duga di atas masa yang diluangkan.

2. Tanpa memuji kelebihan diri sendiri, ulangi kesungguhan anda untuk bekerja kt company 2.

3.Jika anda gunakan orang tengah sebagai cable, tak kira lah samada anda mendapat pekerjaan itu atau tidak , tulis juga nota terima kasih kepada mereka atas usaha dan masa yang diluangkan.

4. Pada masa yang sesuai, anda boleh menelefon syarikat tersebut untuk bertanya kepada mereka mengenai keputusan sama ada anda layak untuk di ambil bekerja atau tidak..

0 comments: