BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Panduan menghadiri temuduga.

Semalam sewaktu saya sedang membaca buku tertip peribadi, adab dan etika dalam amalan seharian yang di pinjam dari rakan saya, ada la satu tajuk ni yang agak menarik untuk di kongsi bersama so mari kita sama2 check out this huhu..

Panduan menghadiri temu duga..

Menghadiri temu duga boleh menyebabkan rasa tertekan walaupun sudah di lalui beberapa kali.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum temu duga

1. Cari maklumat mengenai bakal majikan.

2.Dapatkan pengesahan bila dan di mana temu duga tersebut akan di adakan dan ari juga berapa lama perjalanan anda ke tempat temu duga dari tempat tinggal anda.

3. Berlatih member jawapan kpd soalan teknikal dan peribadi, dan juga pertanyaan mengenai karier dan mengapa anda mahukan kerja tersebut.

4. Bawa salinan resume (curriculum vitae) dan juga sijil-sijil yag berkaitan.

5. Pergilah ke bilik air untuk memeriksa penampilan anda dan ambil berapa minit untuk mententeramkan diri.


ADAB BEPAKAIAN KETIKA TEMU DUGA.

1. Pakaian bersih dan penampilan kemas harus menjadi keutamaan anda. Pakaian tesebut mestilah dibasuh dan digosok, jangan sesekali memakai pakaian yang koyak, dan tertanggal butang. Pastikan juga anda selesa dengan pakaian tersebut

2.Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang di pohon.

3. Bagi lelaki, kemeja dan seluar pangjang adalah pilihan yang paling baik. Pastikan anda memakai stoking yang padan dengan warna seluar.Kasut dan tali pinggang juga hendaklah berkilat.

5. Bagi wanits pakaian yang tidak menjolok mata dan sopan dapat member pandangan yang baik. Tanggalkan segala barang2 keams yang berlebihan dan pakai minyak wangi yang baunya serdahan dan tidak menusuk hidung.

ADAB SELEPAS DI TEMUDUGA.

Sebaik sahaja temuduga berakhir, kita tentunya akan berdebar menantikan jawapan daripada syarikat tersebu, namun sebenarnya tanpa kita sedari waktu ini merupakan waktu untuk melakukan beberapa perkara iaitu:

1. Menulis nota terima kasih kepada penemu duga di atas masa yang diluangkan.

2. Tanpa memuji kelebihan diri sendiri, ulangi kesungguhan anda untuk bekerja kt company 2.

3.Jika anda gunakan orang tengah sebagai cable, tak kira lah samada anda mendapat pekerjaan itu atau tidak , tulis juga nota terima kasih kepada mereka atas usaha dan masa yang diluangkan.

4. Pada masa yang sesuai, anda boleh menelefon syarikat tersebut untuk bertanya kepada mereka mengenai keputusan sama ada anda layak untuk di ambil bekerja atau tidak..

Petua nenek moyang..




MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT

1. Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2. Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.


3.Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.





MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT

1. Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

2. Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.

3. Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berke

4. Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.

5. hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.

6. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.



MENAIKKAN SERI WAJAH


1. Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha.

2. Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

3. Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

4.Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.





MENGHILANGKAN BAU BADAN

1. Masalah bau badan memang memeningkan kepala. Walaupun sebotol minyak wangi digunakan, namun badan tetap berbau bila kesan minyak wangi yang digunakan hilang kesannya. Tahukah anda semua, zaman datuk, nenek dan moyang kita tidak memerlukan minyak wangi (mungkin kerana belum wujud lagi). Mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli untuk mengatasi masalah bau badan. Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk mencegah hal ini. Daun ini diramas dan disapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Insya-Allah, berkesan.

2. Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan. Rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian berisi air suam. Kemudian, berendam selama 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Hot Tips for women

How to get rid of blackhead and white heads???

he blackheads are a common problem that affects all skin types, especially those with oily skin. The blackheads and whiteheads usually occur around the nose, cheeks, chin and forehead.
The blackheads are caused by hardened masses of sebum, formed in the ducts or the sebaceous glands. They are direct result of skin pores becoming clogged with sebum and dead skin cells.
The whiteheads are tiny, pearly, white raised spots. They are caused due to excessive secretion of sebum oil. The whiteheads usually show up as tiny white spots around the eyes. The same lotions, creams and masks are recommended for whiteheads too.
Unfortunately, it is impossible to reduce the pore size, but you can minimize the amount of gunk that is clogged in them.
In order to prevent the appearance of blackheads you should follow a strict skin care regime. Daily skin cleansing is essential. Wash your face at least twice a day using oil and alcohol-free formulas.

Exfoliate three times per week; apply the exfoliator in circular motions to all affected areas, normally the nose, forehead and chin. The exfoliation encourages a newer, smoother skin surface by helping to unclog pores, prevent further breakouts and diminish blemishes and pigmentation spots. A regular old scrubbing will clean your complexion, but it is not enough powerful to banish the blackheads since they are an accumulation of dead skin cells, oil and pigment deep within the pores. If you want, some serious purging you should use a cleanser and a toner that contain salicylic acid every morning and night. Make sure you avoid using overly drying cleansers because they can increase your likelihood of experiencing skin irritations and breakouts.

Daytime protective moisturizers will help the skin maintain its suppleness and moisture.
It’s essential to keep the skin clean and hydrated with appropriate cleansing and care, in order to prevent the formation of blackheads, whiteheads and pimples.

Another alternative for dealing with blackheads and enlarged pores are the pore strips. They pull away oil and the build up dirt from the nose, chin or forehead. The strips much be applied to wet skin for several minutes and then peeled away.

Another thing you can do is to ask your dermatologist to prescribe you some medicines, like Vitamin C and Vitamin A for example. These vitamins will speed up cell turnover and prevent old skin cells from clogging your pores.

The steaming is very important to loosen debris that may be imbedded into the skin. Steaming the face is also a useful technique for people with oily or combination skin. It helps control the blemishes, cleanse the face, open the pores and soften the content of the blackheads.
Boil a pan of water and make sure that you remove the pan from the stove. Stand directly over the steam and drape a small towel over your head for keeping the steam from escaping, because it will be more effective in opening the pores.
After steaming wrap a tissue around each of the fingers and apply gentle pressure each side of the blackheads. A little gentle pressure with a finger on each side of the blackhead will squeeze them out.

Remember how to get rid of blackheads:
Violent squeezing must not be used, because it always leads to the formation of little painful boils
Never use your fingernails as they can carry dirt and can cause further infection
Never prick the pimples, because doing so infects the surrounding area and leaves the scar behind which usually results in dark or red spots.
Masks:
Brook lime lotion

Leaves of brook lime 30gr.
Mineral/spring water 300ml.
Sodium benzonate ВЅ tsp
Boil the mineral/ spring water and put the brook lime leaves in it. Mix sodium benzonate in it. Mix well. Apply the mixture on the face using cotton. The lotion removes spots, blackheads and little pimples.